Saturday, August 13, 2011

terbaek dari KAMU!


Assalamualaikum w.b.t semua..
Di pagi pagi buta ni aku tetiba plak rajin nak wat entri kt blog aku ni hah..
ilham ni datang dari laman muka buku aku gak..
pikir punya pikir tetiba hati ni teringin plak nak beremosinto sikit perihal KAWAN.
sape yang takde kawan langsung..sebab per??(kening kanan naik ke atas)
memilih sangat ker??
dia tak sekepala mcm kamu ker??
dia tak hooott mcm kamu ker??
dia tak pakai hp blackberry sama mcm kamu ker?
dia tak bla..bla..bla...

Perlu ker memilih kawan der? tak perlu kan.....
ada banyak sebab kita perlu KAWAN selain mak bapak kita dan juga boipren kite..

KAWANlah yang senang kita nak pinjam duit
KAWANlah yang sudi tolong kite bagi pinjam assignment
KAWANlah yang bagi kite pinjam transport mereka bila nak pergi beli topup
KAWANlah yang kita cari sebab nak pinjam bahu sekejap
KAWANlah yang menyebabkan korang baru kenal dunia
KAWANlah yang akan back up kite bila kita gadoh ngn boipren @ gelpren
KAWANlah segala-galanya..
betul tak??

tak kisahlah kita ni sape pun kawan janganlah memilih sangat sebab kawan2 ni kekadang pembawa rezeki kita gak..contoh bila kita mencari kerja kawan2 juga kita tanya..kan..kan..untung2 dapat plak uh kan..lagi kalau kita jual barang kat member ni then,member 2 past kat org lain dan past3..sampai kita menjadi..kan perlu 2 seorang kawan..

dengan itu aku pun buatlah satu try n test kat member2 aku kt laman muka buku ni hasil memang best..dorang mmg rakan aku yang TERBAIK aku pernah jumpa walaupun aku menjadi seorang yang...................
-
-
-
-
-
-
-
-
-

agak besar...

dan inilah hasilnya..menjadi..almost 40 frens yang sudi like post aku kalau aku jadi camni dorang tetap akan ngaku KAWAN....(iklas tak ikhlas belakang citer)


Meh aku kasik kenal member2 aku yang sepotingg habes..dorang memang cool ar..sudi gak dorang klik LIKE kt post aku ni hah walaupun tak seberapa gah citernyer kan..mcm org tuuu....


mereka yang cantik cantik dan juga yang handsome2 sudi gak LIKE aku ni hah



mereka yang sudi LIKE post aku..yang penting sekali kezen aku pun sudi LIKE gak!
ouchh terharu...(ditujukan kepada NOOR AKILLA)



Mereka yang comel comel, kacak kacak belaka sudi LIKE aku..thanks yoo!!
sedara aku terBAEKK!!(yg paling atas sekali)


si gadis yang cantik lagi pandai pun sudi LIKE aku..

jangan memain der artis uh LIKE aku..ter anjat gegerl!!
sebenarnya tak semua aku letak mereka mereka sekalian sebab ni aku main tarik2 jer.yang tak ade du jgn kecik ati lain hari aku masukkan pasal korang palk ya member??
dan akhir kata..






Wednesday, August 3, 2011

Kenangan di Bulan Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Alhamdulillah akhirnya aku terpanggil juga untuk membuat entri terbaru setelah menepis segala alasan yang tak logik untuk tidak sempat membuat belog ni..bukan ape sejak 2 menjak ni asyik sibuk memanjang dengan kerja sampai tak sempat nak jengah langsung belog aku ni hah..kali ni aku dah ada masa terluang untuk cerita kat korang pasal zaman kecik2 aku dulu.Memandangkan sekarang ni bulan Ramadhan.Hah elok sangatlahsebab aku nak ceritakan sikit beberapa kisah mase aku kecik2 di bulan Ramadhan.

KISAH AIR PAIP

Masa ni aku berumur dalam lingkungan 7 - 10 tahun,bak kata orang time 2 budak2 hingusan lagi kurang ilmu di dada apa itu puasa sebenarnya(kiki..yelah 2).Nama pun budak budak lagi dalam fikirannya mestilah nak main jer.Asal ada masa 'free' mestilah akan dipenuhi masa dengan bermain.Masa tu tak silap aku tengah main kejar kejar kut dengan anak jiran rumah aku.Nama pun main kejar kejar,mestilah gunakan tenaga untuk berlari kan.Selepas puas berlari satu kampung badan pun dah penat time tu lah kehausan berlaku secara tiba tiba. Dah terbayang air kat peti ais yang sejuk tu.Mase tu mak aku garang lagi,mana aku berani nak masuk rumah semata mata nak minum air.nak kene dengan mak aku.huish masa tu mmg dah tak tahan sangat terus aku lari masuk bilik air zapp...tanpa baca Bismillah terus aku minum sampai kenyang..time tu tak yah risau air masih bersih lagi.Takde olak lepas kejadia uh aku sakit perut..hehe..lepas tu keluar buat muka biasa jer..orang berbuka kita pun berbukalah..kalaulah mak aku tau aku tak buka puasa time tu memang siaplah..Mak kalau baca belog Ain ni minta maaf eh banyak banyak..Masa tu haus sangat yang memang tak bleh punya..

PENGAJARANNYA :walau apa pun berlaku cubalah sedaya upaya menahan lapar dan dahaga anda kerana sabar itu separuh daripada iman dan jika kita berpura pura puasa sama ertinya kita menipu dengan diri sendiri dan jug aorang lain.Maka anda telah kerugiaan pahala malahan dosa yang anda dapat.



KISAH SEBIJI ASAM

Dulu aku ni rajin tidur rumah sedara aku ni.Kira rumah kedua akulah.Pantang dia datang mesti aku akan ikut balik sama.Citernya camni,masa tu kitorang tak bangun sahur sebab masa tu kitorang liat bebenornya nak bangun sahur.Aku pun tanyalah dengan sedara aku "wei,kita tak bangun sahur ker" sedara aku bilang plak "Haah,kalau tak bangun sahur maknanya tak puasalah" .Wah dalam hati berbunga bunga rianglah kan.entah mazhab manalah sedara aku ni pakai aku pun on je lah.Masa tu sedara aku boleh plak ajak aku pergi kedai,aku pun belilah asam merah sambil berjalan nak balik makanlah asam tersebut dan meninggalkan kesan kesan di mulut.Masa tu lah kami terkantoi dengan jiran sebelah yang kami tak puasa sebab nak tipu pun tak boleh sebab mulut masing masing dah kemerahan dek asam uh.Alasan di beri tak bangun sahur.kiki..ingat orang tu terima ke alasan uh..tapi memandangkan kami ni budak budak lagi kami dimaafkan.

PENGAJARANNYA : Tiada alasan untuk tidak berpuasa jika tidak bangun sahurkerana bangun sahur itu SUNAT tetapi jangan lupa untuk ber'NIAT' kerana niat itu WAJIB.Kalau mahu pahala itu berganda, rajin rajinlah bangun sahur walaupun makan hanya sebiji kurma sahaja.

~ نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala ~


KISAH BAZAR RAMADHAN

Asal tibanya bulan puasa memang tak asing lagi dengan bazar ramadhan.Semua akan berpusu pusu ke sana sebab semua orang taukan kat bazar uh macam macam ado..huih!sape yang tak tergugat iman tengok ada macam macam makanan dengan air yang berwarna tu.Aku juga tak melepaskan peluang nak beli macam macam sebab semuanya nampak sedap jer..beli tak mengagak itu nak ini nak..so,nak dijadikan cerita bila time nak buka puasa jer zapp terus minum air aku yang berwarna warni tu dengan lahapnya.Bila dah kembung perut jadi nafsu tu dah kurang sikit maka segala makanan yang aku beli tu tidak disentuh langsung dan ianya terbiar di atas meja sampai sahur.Masa sahur pun tak sentuh gak makanan tersebut sebab dah tak lalu nak makan.Kan dah membazir namanya.Mak aku dah membebel panjang dan esok jangan harap nak pergi bazar lagi.padan muka ekau!

PENGAJARANNYA : Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitooniroojimm..Kalau beli itu jangan diikutkan nafsu sangat dan beringat ingatlah sikit.Makan apa yang hado je ler.Tak salah nak beli tapi belilah dengan kadar yang sedikit @ minimum.

KISAH HANTU KENA IKAT

Masa tu aku ingat lagi aku berpuasa di kampung dengan sepupu sepapatku lepas berbuka dengan niat yang suci nak pergi terawikh dekat surau tapi kitorang kena lalu padang dan kena redah hutan sikit.Kecik kecik dulukan suka pikir yang bukan bukan.Pulak tu sepupu aku cakap laluan tu seram sikit aku pun dah cuaklah kan dalam otak dah pikir macam macam.Jadi masa dalam perjalanan tu aku akan pastikan aku akan berada di tengah tengah antara sepupu sepupuku sebab penakut punya pasal tapi bila tiba part jalan yang gelap sangat kitorang akan pecut lari lintang pukang dengan pakai telekungnya dah macam apa.Selepas habis terawikh kami balik ikut jalan yang sama dan juga kelakuan yang sama.Masing masing penakut rupanya baik yang besar mahupun yang kecil.Padahal tak ada pape pun berlaku kitorang jer penakut sikit..erm bukan sikit banyakklah masa dulu.

PENGAJARAN : Jangan takut dengan apa jua selain ALLAH Taala kerana Nabi juga sudah mengatakan segala syaitonn telah diikat pada bulan Ramadhan supaya kita dapat menjalani ibadah dengan sebaik baiknya.InsyaAllah


AKHIR KATA..

Kelebihan di BUlan Ramadhan Al - Mubarak
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Jadikan Bulan Ramadhan ini sebagai bulan yang termulia sekali.Memperbanyakkanlah amalan amalan kerana pahala kali ini berlipat lipat ganda.carilah peluang keemasan ini.

Entri aku ni sekadar untuk bacaan santai santai je bukan untuk mengenaka sesiapa pun.Sekadar mengimbau kenangan lampau je.Kalau diikut banyak lagi citer masa aku kecik kecik tapi yang ini je lah paling aku ingat sampai bila bila.Kalau korang ada meh share sikit.

Akhir sekali,aku ingin memohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut dan selamat berpuasa!!
Wassalam,,