Saturday, August 13, 2011

terbaek dari KAMU!


Assalamualaikum w.b.t semua..
Di pagi pagi buta ni aku tetiba plak rajin nak wat entri kt blog aku ni hah..
ilham ni datang dari laman muka buku aku gak..
pikir punya pikir tetiba hati ni teringin plak nak beremosinto sikit perihal KAWAN.
sape yang takde kawan langsung..sebab per??(kening kanan naik ke atas)
memilih sangat ker??
dia tak sekepala mcm kamu ker??
dia tak hooott mcm kamu ker??
dia tak pakai hp blackberry sama mcm kamu ker?
dia tak bla..bla..bla...

Perlu ker memilih kawan der? tak perlu kan.....
ada banyak sebab kita perlu KAWAN selain mak bapak kita dan juga boipren kite..

KAWANlah yang senang kita nak pinjam duit
KAWANlah yang sudi tolong kite bagi pinjam assignment
KAWANlah yang bagi kite pinjam transport mereka bila nak pergi beli topup
KAWANlah yang kita cari sebab nak pinjam bahu sekejap
KAWANlah yang menyebabkan korang baru kenal dunia
KAWANlah yang akan back up kite bila kita gadoh ngn boipren @ gelpren
KAWANlah segala-galanya..
betul tak??

tak kisahlah kita ni sape pun kawan janganlah memilih sangat sebab kawan2 ni kekadang pembawa rezeki kita gak..contoh bila kita mencari kerja kawan2 juga kita tanya..kan..kan..untung2 dapat plak uh kan..lagi kalau kita jual barang kat member ni then,member 2 past kat org lain dan past3..sampai kita menjadi..kan perlu 2 seorang kawan..

dengan itu aku pun buatlah satu try n test kat member2 aku kt laman muka buku ni hasil memang best..dorang mmg rakan aku yang TERBAIK aku pernah jumpa walaupun aku menjadi seorang yang...................
-
-
-
-
-
-
-
-
-

agak besar...

dan inilah hasilnya..menjadi..almost 40 frens yang sudi like post aku kalau aku jadi camni dorang tetap akan ngaku KAWAN....(iklas tak ikhlas belakang citer)


Meh aku kasik kenal member2 aku yang sepotingg habes..dorang memang cool ar..sudi gak dorang klik LIKE kt post aku ni hah walaupun tak seberapa gah citernyer kan..mcm org tuuu....


mereka yang cantik cantik dan juga yang handsome2 sudi gak LIKE aku ni hah



mereka yang sudi LIKE post aku..yang penting sekali kezen aku pun sudi LIKE gak!
ouchh terharu...(ditujukan kepada NOOR AKILLA)



Mereka yang comel comel, kacak kacak belaka sudi LIKE aku..thanks yoo!!
sedara aku terBAEKK!!(yg paling atas sekali)


si gadis yang cantik lagi pandai pun sudi LIKE aku..

jangan memain der artis uh LIKE aku..ter anjat gegerl!!
sebenarnya tak semua aku letak mereka mereka sekalian sebab ni aku main tarik2 jer.yang tak ade du jgn kecik ati lain hari aku masukkan pasal korang palk ya member??
dan akhir kata..






Wednesday, August 3, 2011

Kenangan di Bulan Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Alhamdulillah akhirnya aku terpanggil juga untuk membuat entri terbaru setelah menepis segala alasan yang tak logik untuk tidak sempat membuat belog ni..bukan ape sejak 2 menjak ni asyik sibuk memanjang dengan kerja sampai tak sempat nak jengah langsung belog aku ni hah..kali ni aku dah ada masa terluang untuk cerita kat korang pasal zaman kecik2 aku dulu.Memandangkan sekarang ni bulan Ramadhan.Hah elok sangatlahsebab aku nak ceritakan sikit beberapa kisah mase aku kecik2 di bulan Ramadhan.

KISAH AIR PAIP

Masa ni aku berumur dalam lingkungan 7 - 10 tahun,bak kata orang time 2 budak2 hingusan lagi kurang ilmu di dada apa itu puasa sebenarnya(kiki..yelah 2).Nama pun budak budak lagi dalam fikirannya mestilah nak main jer.Asal ada masa 'free' mestilah akan dipenuhi masa dengan bermain.Masa tu tak silap aku tengah main kejar kejar kut dengan anak jiran rumah aku.Nama pun main kejar kejar,mestilah gunakan tenaga untuk berlari kan.Selepas puas berlari satu kampung badan pun dah penat time tu lah kehausan berlaku secara tiba tiba. Dah terbayang air kat peti ais yang sejuk tu.Mase tu mak aku garang lagi,mana aku berani nak masuk rumah semata mata nak minum air.nak kene dengan mak aku.huish masa tu mmg dah tak tahan sangat terus aku lari masuk bilik air zapp...tanpa baca Bismillah terus aku minum sampai kenyang..time tu tak yah risau air masih bersih lagi.Takde olak lepas kejadia uh aku sakit perut..hehe..lepas tu keluar buat muka biasa jer..orang berbuka kita pun berbukalah..kalaulah mak aku tau aku tak buka puasa time tu memang siaplah..Mak kalau baca belog Ain ni minta maaf eh banyak banyak..Masa tu haus sangat yang memang tak bleh punya..

PENGAJARANNYA :walau apa pun berlaku cubalah sedaya upaya menahan lapar dan dahaga anda kerana sabar itu separuh daripada iman dan jika kita berpura pura puasa sama ertinya kita menipu dengan diri sendiri dan jug aorang lain.Maka anda telah kerugiaan pahala malahan dosa yang anda dapat.



KISAH SEBIJI ASAM

Dulu aku ni rajin tidur rumah sedara aku ni.Kira rumah kedua akulah.Pantang dia datang mesti aku akan ikut balik sama.Citernya camni,masa tu kitorang tak bangun sahur sebab masa tu kitorang liat bebenornya nak bangun sahur.Aku pun tanyalah dengan sedara aku "wei,kita tak bangun sahur ker" sedara aku bilang plak "Haah,kalau tak bangun sahur maknanya tak puasalah" .Wah dalam hati berbunga bunga rianglah kan.entah mazhab manalah sedara aku ni pakai aku pun on je lah.Masa tu sedara aku boleh plak ajak aku pergi kedai,aku pun belilah asam merah sambil berjalan nak balik makanlah asam tersebut dan meninggalkan kesan kesan di mulut.Masa tu lah kami terkantoi dengan jiran sebelah yang kami tak puasa sebab nak tipu pun tak boleh sebab mulut masing masing dah kemerahan dek asam uh.Alasan di beri tak bangun sahur.kiki..ingat orang tu terima ke alasan uh..tapi memandangkan kami ni budak budak lagi kami dimaafkan.

PENGAJARANNYA : Tiada alasan untuk tidak berpuasa jika tidak bangun sahurkerana bangun sahur itu SUNAT tetapi jangan lupa untuk ber'NIAT' kerana niat itu WAJIB.Kalau mahu pahala itu berganda, rajin rajinlah bangun sahur walaupun makan hanya sebiji kurma sahaja.

~ نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala ~


KISAH BAZAR RAMADHAN

Asal tibanya bulan puasa memang tak asing lagi dengan bazar ramadhan.Semua akan berpusu pusu ke sana sebab semua orang taukan kat bazar uh macam macam ado..huih!sape yang tak tergugat iman tengok ada macam macam makanan dengan air yang berwarna tu.Aku juga tak melepaskan peluang nak beli macam macam sebab semuanya nampak sedap jer..beli tak mengagak itu nak ini nak..so,nak dijadikan cerita bila time nak buka puasa jer zapp terus minum air aku yang berwarna warni tu dengan lahapnya.Bila dah kembung perut jadi nafsu tu dah kurang sikit maka segala makanan yang aku beli tu tidak disentuh langsung dan ianya terbiar di atas meja sampai sahur.Masa sahur pun tak sentuh gak makanan tersebut sebab dah tak lalu nak makan.Kan dah membazir namanya.Mak aku dah membebel panjang dan esok jangan harap nak pergi bazar lagi.padan muka ekau!

PENGAJARANNYA : Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitooniroojimm..Kalau beli itu jangan diikutkan nafsu sangat dan beringat ingatlah sikit.Makan apa yang hado je ler.Tak salah nak beli tapi belilah dengan kadar yang sedikit @ minimum.

KISAH HANTU KENA IKAT

Masa tu aku ingat lagi aku berpuasa di kampung dengan sepupu sepapatku lepas berbuka dengan niat yang suci nak pergi terawikh dekat surau tapi kitorang kena lalu padang dan kena redah hutan sikit.Kecik kecik dulukan suka pikir yang bukan bukan.Pulak tu sepupu aku cakap laluan tu seram sikit aku pun dah cuaklah kan dalam otak dah pikir macam macam.Jadi masa dalam perjalanan tu aku akan pastikan aku akan berada di tengah tengah antara sepupu sepupuku sebab penakut punya pasal tapi bila tiba part jalan yang gelap sangat kitorang akan pecut lari lintang pukang dengan pakai telekungnya dah macam apa.Selepas habis terawikh kami balik ikut jalan yang sama dan juga kelakuan yang sama.Masing masing penakut rupanya baik yang besar mahupun yang kecil.Padahal tak ada pape pun berlaku kitorang jer penakut sikit..erm bukan sikit banyakklah masa dulu.

PENGAJARAN : Jangan takut dengan apa jua selain ALLAH Taala kerana Nabi juga sudah mengatakan segala syaitonn telah diikat pada bulan Ramadhan supaya kita dapat menjalani ibadah dengan sebaik baiknya.InsyaAllah


AKHIR KATA..

Kelebihan di BUlan Ramadhan Al - Mubarak
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Jadikan Bulan Ramadhan ini sebagai bulan yang termulia sekali.Memperbanyakkanlah amalan amalan kerana pahala kali ini berlipat lipat ganda.carilah peluang keemasan ini.

Entri aku ni sekadar untuk bacaan santai santai je bukan untuk mengenaka sesiapa pun.Sekadar mengimbau kenangan lampau je.Kalau diikut banyak lagi citer masa aku kecik kecik tapi yang ini je lah paling aku ingat sampai bila bila.Kalau korang ada meh share sikit.

Akhir sekali,aku ingin memohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut dan selamat berpuasa!!
Wassalam,,



Saturday, May 28, 2011

awak!!

setiap hari saya akan terpikirkan pasal awak..
setiap hari saya "search" awak..
saya "follow" awak tanpa rasa jemu..
hampir setiap masa juga saya menghabiskan masa untuk awak sahaja..
setiap saat, minit, jam, hari..
awaklah yang sentiasa difikiran saya setiap hari..
awaklah yang saya terokai setiap hari..
hidup saya bagai tidak lengkap jika saya tidak ambil tahu pasal awak..
saya tidak boleh berpisah dengan awak selagi saya tak dapat apa yang saya mahukan..
saya terlalu mengharapkan awak..
awaklah harapan saya demi masa depan saya..
saya sangat perlukan awak..
berilah saya peluang untuk masa depan saya..
harapan saya terhadap awak sangatlah tinggi...
saya juga tidak akan berputus asa untuk masa depan saya..
saya tak mengharapkan terlalu tinggi tetapi memadailah apa yang saya ada sekarang ini..
awak..
saya bukan memilih tapi saya perlukan pilihan yang terbaik..
bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi demi keluarga saya dan masa depan saya..
saya memang sangat sangat mengharapkan yang terbaik..
dan..
saya tahu tuhan yang akan menentukan segalanya..
saya juga berserah dan terima seadanya segala pemberiannya..
tapi saya juga perlu berusaha demi masa depan..
dan..
saya tahu tuhan itu Maha Adil dan tidak akan mensia sia hambaY ini..
saya akan tunggu saat itu..


Wednesday, May 25, 2011

CUTI laa..


salam..
entri santai kali ni pasal CUTI.....siapa yang tak sukakan bila dapat cuti..ade ker org marah marah bila dapt cuti,nangis2 tak nak cuti..mungkin ade tapi dengan alasan sendirilahkan..tapi tidak bagi aku..CUTI tuh beb! tu dah kira satu penghargaanlah bagi aku..mmg saat itulah dinanti2kan oleh semua org termasuklah aku sekali..betul tak?bila cuti jer mcm2 hal leh watkan tak kiralah cuti panjang ke atau beberapa hari jer..mesti ade benda nak watkan..nak kemas rumahlaa,bsuh baju yg dah penuh berbakul bakul,jumpe member dan dll..banyak sebenar tapi x tertulis..korg boleh tau sendirilah kan..ni pasal aku plak bila dtgY hari CUTI..

persembahkann.....


mak saya yang saya sanjungi dan sayangi..

selalu kalau cuti panjang aku banyak habiskan masa bersama keluarga tersayang..time tu lah pepatah "rumahku,syurgaku" berlegar2 di jiwa masing2..kan..kan..time2 tu lah teringt masakan mak tersayang..mmg x leh nak banding2kan ngan tmpt lain..teringatlah lempeng mak kite tak pun cekodok..an...an?(bende leh agak daa)..padahal leh wat sendiri..nak yang mak watkan jugak..kalau aku mestilah tak sah kalau tak suruh mak aku masakkan tuk aku ayam @ ikan msk lomak cili api..huih!mmg lazotttt tak terhinggalahh..siap jilat jari..licinn!
dialah tmpt aku bergado,bergurau yg paling besh rakan lepak ngan saya!
kemane jer aku pergi mestilah dia jadi penemanku..xpun aku lah peneman setia dia..cakap je nak kemana mak..ain ikut jer...



mestilah p lepak2 makan..paling aku suka bila balik kg..lepak warunglah ngn sesiapalah.. mesti aku akan cari SOTO dulu..huih!kate org JOHOR kan..mmg makanan tuh lah yg paling aku suke sgt2..tapi..tapi wajib der sambal kicap..itu lah penambah rase..kalau tak de aku suruh gak org uh wat..




NOOR AKILLA.. Sedara aku ni mmg tak asing lagi..dari kecik sampai laa ni..aku mmg rapat kaw kaw punY ngan die..kira kitorg ni mcm adk bradiklaa..kalau dulu aku suka lepak umah dia,tidur berhari2 kt umah dia sampai mak aku bising baru aku blik..dialah tempat aku luahkan segala masalah selain mak aku,dialah yang suke jadikan aku mangsa dia tuk jadi model dia..banyak yang dia suke aku suka..kitorg suke shopping same2..kemane je lah...sedara aku ni mmg otak giler2 sikit..sekarang ni susah kit naj jumpa dia..sebab dia dh bekerja di luar kawasan..so kene call dia ar balik tak mggu ni..



kawan2 juga x leh lupe gak..pantang de mase free..kitorg akan lepak same2..untung aku dapat member2 yg sporting abeh..kau perlilah dorg camne pun..mmg dorg tak makan ati punya..besh wooo!kitrg selalu lepak karaokelah..sebab leh save wet bayar beramai ramai..kiki..lepak makan sudah semestinya..nanti kitorg sukelah berkumpul beramai2 wat lawaklaa..luahan hatilah..wat game kitlahh..papelah asal enjoy!



pergi bercuti di tempat2 yg menarik..mmg x asig lagilah..pantang dapat cuti panjang..langkahY lagi panjanglaa..x kesahlaa kat dalam M'sia ke ataupun ke luar negara..ikut kemahuan masing masinglaaa...an?


paling kebiasaan bila cuti jer..mestilah lepak umah jer..tgok tv kemas umah,lipat baju dan segalaYla yg tergendalalah..itu kalau perempuan kalau lelaki plak dorg akan tido sampai tghri baru bgn 2 pun sbb lapar baru nak bangun..kan..kan..x semualahkan..sebahagian jer..

akhir sekali..masa yang paling ditunggu2 adelah hari CUTI..sebab cuti itu sgt bermakna untuk diri sindiri dan juga org lain kan.masa ni lah kita dapat mengeratkan hubungan antara manusia.Badan kita perlu berehat gak jgn memaksa badan kita kerna akan memakan diri sendiri nanti..oleh itu,gunakanlah cuti anda dengan sebaik baikY..

wassalam..

Monday, May 23, 2011

pawagam part 2 = NUR KASIH



salam semua..
seperti sebelum ni aku nak mengomel sikit pasal aku tgok citer ni lahh..
ikutkan hati aku tak berapa layan sgt citer Nur Kasih uh..drama dia pun tgk dah nak last2 episod..mulalah nak bertanY kt sesape asal citer camni cam2..asal ni asal tu..salah sape..aku gak..bukan ape..mgkin mase uh aku sedang sibuk menjalani kehidupan seorg pelajar..sibuk assignmnt sane sini..yang final pojek lagi..cari bahan lg..dah x mek port sgt citer2 kt TV..
lepas aku layan movie ni..kira oklaa..4/5 bintang aku bagi..ni aku nak citerkan part2 yang best bagi akulah..yang len best gak tapi tak sampai kat hati aku je..


part anak lelaki si Aidil tanya kat bapa dia.."ayah tidur ngan siapa?"..mata wa dah bergenang tinggal nak hemburkan jer...tapi wa ilek lagi..

sedih giler part mak dia nangis yang kat hospital,kt rumah time Adam dah hujung2 nyawa mase uh..mase uh wa dah tak pat tahan lagi...meleleh terus air mata wa..sob..sob..sedih wooo..

kesanggupan si Adam cari cincin Nur sampai dapat..tapi part yang aku suke bila si Hassan bagi sedozen cincin kat Adam..ngan cermin mata sape ntah die pakai..mmg budak ni kumpul cincin org kut..

sedih bila Nur keguguran..alaaaa...wa dah sebak mase uh..

suke bila Adam tolong wat semua kerja rumah walaupun macam haremm..i x kesah kot..!besh kan??

suka part bila Adam ngan muka bersahaja mengenakan dak uh dalam nada beri nasihat.bergantunglah kalau sayang banyak dapatlah banyak..kalu sayang sikit..sikitlah dapatnya..lebih kurglaa..x berape ingtlah dialog uh..tapi mmg mendalam ar maksud die..

pasti ramai yang setuju bila part keberlagakkan Ustaz uh..ada gak ustaz cam tu plak..kate ustaz..!

erm..xpaham pasal budak yang cari pasal uh..nape?motif?time gaduh kat lorong uh mcm real lagi2 part hentak besi kat kepala si budak uh sape name dia..aku dah lupe..real uh!

kalau korg pasanlah time Adam ngan Nur jalan2 kt bazar uh time adegan tembak menembak uh..aku leh terperasan plak yang de kira pelakon tambahanlah kan..dia buat reaksi terkena tembakla walhal member depan die yg kene tembak..dia tersalah tafsir ar yg dia bajet terkene kt die..kiki..seb bek dia belah belakang..kabur2 sikit..

part yg salah seorg penumpang terbakar kt belakang baju uh..ermm..perlu ker??dah terang2 api buatan..failed terus!

romantik sangat time Adam ngan Nur melukis sambil berpelukkan kt tepi sawah..dahlaa pemandangan cantik semacam..alahai..kredit kt diorglah..

x suspen pun bila Adam hidup lagi..

DLL




sebenarnya sume jalan citer uh besh dan tenang jer..kire boleh layanlaa even dulu aku tak berapa gemar sgt citer uh..bab2 emosional ni aku x bape layan sgt sbb aku mmg kalahlahkan..2 yg malas nak tgok uh..aku cadangkan bawa keluarga baru best..penuh dengan pengajaran uh..
xde unsur2 politik mahupun keganasan yang melampaui batas..

oklah gak..boleh meninggalkan kesan kt dalam hati masing-masing..
p lah beramai ramai tgok!
kalau leh bawak tisu takut habuk masuk mata nanti..tehee!

wassalam..




gambar hiasan
NUR KASIHan..

tehee!








Sunday, May 22, 2011

pawagam part 1 = KONGSI

salam semua..
entri kali ni plak pasal ritu aku dah mengambil masa ku sedikit untuk pergi tgok wayang..even ade entri pasal aku lebih rela beli CD kan..no..no..aku de cakapkan sebenarnyer kedua2 cara pun aku leh terima gak..lagipun ape salahY pergi menonton wayang bila de org belanja kan..org tua2 kate jgn tolak rezeki..kat sini aku nak ngomelah sikit sepanjang aku tgok citer ni..xbanyak sikit2 jer..kalau nak magha..maghalaa!(der aku kesah?)

KONGSI


Dengan trademark baek punY.."lu langsi..lu mati!"..pergh mmg gempaklaa..dah tak sabor ni nk p tgok start citer kul 1 stgh beli tiket 1 stgh gak..hehe..ape leh watkan..dengan jalan terkial2 ni cepat2 masuk pawagam..reaksi pertama huih x ramai plak yg tgok sambil mata cari seat..citer dah mula..dah agak daaa..muka pasrah..aku pun layanlah citer gempak ni sampai abih sambil mengerut dahi..nape yer Cik Ain??



mengikut perjalanan citer uh bagi akulah kan citer tak se gah tajuknyer pun..mungkin sebab pelakon paling popular di Malaysia iaitu shaheizy sam berlakon menjadi modal aku tgok wayang,kalau tak mcm aku cakap ritu aku rela p membututi mak aku p beli barang dapur.Sam(Tumulak) berlakon mmg menjadi..pandai gak dia wat skill2 bagai..kira hebatlahkan..kan..bab 1 malaysia dalam group gangters uh mmg thumbs up laa..tgok dorg uh mmg aku pun gerunlah..kalau terjumpe betul2 ni mahu aku kecut perut...tapi..tapi itu para pelakonY..bab jalan citerY plak aku mmg x bape paham sgtlaa..korg boleh bitau ark pe pasai pa tumulak trn Malaysia..ape misi dia uh sbnrY?aku nk kepastian..dia sibuk dok nak bunuh org tapi pasai pa?..dia ni sebenarya bek ke tak? aku dah nak kuar jer dari pawagam uh..tapi aku ilek lagi sbb msti tau punY pasai pe..bab gaduh2 real lah gak..tapi lame2 nek bosan plak..asyik cam 2 jer..bila nak kalah ni..last2 terlepas dah..dah beria2 ni kejar sane tumbuk sini..tapi still energy lagi..xkan cam2 plak..kasi ark cm lemah2 sikit badan uh..ermm..part si Mikail plak mmg tak boleh blah pasal nak tarik pedang samurai dia..terbelah ibu jari dia..mmg mcm real uhh!!
ending citer plak camtu jer..damn! punyalah bersusah payah nak tangkap tumulak camtu jer endingY..jatuh kt lumpur...perhh bertambah berkerut2lah dahi aku ni hah dgn mulut tergangga..lampu pawagam dah nyala..TAMAT..lahhhh..!motif citer x dapat lagi ni dah bis plak..grrr..!
komen aku sepanjang citer ni ialah..........

so-so jer..tgok boleh tak tgok pun boleh..!
aku bagi 3/5 bintang..
ape leh wat..org belanja..i follow jer..!


biasalah citer aku ni tuk santai2 jer..
aku luahkan pe yang terpendam kt ati aku jermlepas tgok citer kongsi uh...
x salah kot..kan..kan..rasai ape yg kite rase je...
wassalam..


tengok wayang vs beli CD

gambar hiasan
salam semua..
entri kali ni aku nak wat perbandingan sama ada tengok wayang ataupun beli CD..
tajuk tak berapa gempak sangatlah kan..(tauuu..)
xyah beri penerangan lebar2 sangat sebab bukan org nak baca sgt punkan?..
kalau aku wat borang soal jawab pun mesti org ramai akan buat tgk wayang lagi BEST!(derrr!)
sebab musababY :
=>baru rare
=>baru syok tgok wayang..pueh hati!
=>speaker gempak!baru puas
=>DLL

aku tak cakaplah ramai yang tak suka tgk CD..ade gak yang suka beli CD
sebab musababY :

= jimat bro!
= leh 'pause' kalau wa nak terkucil ker..nak mek jajan ker..awek tepon ker..
= wa leh tgok banyak2 kali sampai pengsan..
= DLL

aku??
kalau ikutkan dua2 2 boleh jer..tapi aku lebih ke arah beli CD jer..aku lebih rela abiskan masa dengan membuntuti mak aku pi beli barang dapur berghejam2 lameY..sanggup tolak troli kehulur kehilir..
sebab musababY aku malas nak beratur beli tiket then kene tepati masa kalau tak nanti terlepas permulaan citer uh..yelaa kan kebanyakkan wayang ni kt dalam shoppg cmplx..soooo..pepaham je laa kan..nama pun pompuan tak sahlah kan pusing2 dulu pas uh lupe yang tadi dah beli tiket wayang pukul 2..sekrg jam dah pukul 2 suku..kononlaa kan..dan membazir 15 minit..dah terkial2 nak p masuk wayang..kan..kan..nak cari seat lagi dalam kegelapan uh..arh sgt malas nak layan..aku tau ramai yg x setuju..(der aku kesah!)

tapi bagi yang suka tgok wayang uh aku puji gak lah..sebab kesanggupan mereka
ape dia? :
1. sanggup beratur panjang
2. sanggup menahan dari p toilet even dah x tahan sgt ni
3. sanggup duduk seat depan sekali pun xpe..janji dapat tgok citer uh..balik merungut2 lenguh leherlah apelah..
4. sanggup berhabisan top-up tuk 'booking' tiket takut habis!
5. kesanggupan datang awal dari masa yg ditetapkan walhal terang lagi bersuluh mmg dah de seat pun..xyah risau akan orang lain duduk tempat anda itu pun sebab mereka pun der seat mereka sendiri..hehe
6. Lu pikirlaa sendiri..!

sebenarnyer terpulanglah kat individu tersebut suka tgk wayang ker beli CD ker..nak lagi bijak..download jer..lagi rare..duit pun tak keluar..lagi jimat beb!
citer aku ni sekadar untuk santai jer..xdelah sampai nak "down"kan sesaper pun..
kalau ade yg tak puas hati..bak kate AMIR maharajalawak "im sorry..!"

wassalam











Thursday, May 19, 2011

bersyukurkah kamu??

salam semua..
dah lame tak wat luahan hati ni...
yelaa busy memanjangkan...
kiki..papehal..cer tengok video ni dulu..
layann......











caner??
tersentuh tak hati ?boleh kerat jarilah kalau cakap tak..
terpulang sape yang tak tersentuh langsung 2 yer..
aku rase tak yah terangkan panjang2 pasal dak uh..sebab dlm video uh sume dah tertulis pasal die...
kite wat budak uh sebagai pengajaran kt diri kita sendirilah kan..
agak-agak ada tak rasa malu kt diri kita sendiri ni bila tgok video tadi tu?
kalau akulah kan mestilah MALU..
tak tercabar ke tgk budak yang takde tangan cume bergantung kt kaki die je tu leh wat semua benda..apetah lagi kita yg manusia normal ni kan..takkan x leh wat kan..bukan tak leh wat..cuma MALAS je..sebab benda dah der depan mata..tinggal amek,pakai,guna DLL..tu pun ikutkan hati malas gak nak wat...
cakap lebih2 pun tak guna gak..ade akal leh pikir sendirilah kan..sebab tak semua manusia sempurna..yang sempurna hanyalah fizikal kita..tuhan dah bagi kita cukup sempurna..
kita patut bersyukurlaa kan ngan ape yang tuhan beri kat kita..jgn reti merungut jer kan
dan juga terimalah ape jua keadaan,bentuk badan kita..kene terimalah semua uh...tuhan dah bagi yang terbaik untuk kita..bersyukur je lah kan..?
kalau budak sekecil itu tau erti berdikari..apetah lagi kita..betul tak??
so,,lepas ni jgn malas2 nak wat sesuatu perkara even perkara uh remeh bagi kamu..

akhir kata,
bersyukur dengan pemberian tuhan..jgn dipersoalkan lg..sebab hanya tuhan je de jawapannya..

note = aku pasan video uh bile someone publish kt Fb aku..bila kau tgok video ni tetiba nak wat entri pasal ni plak..




Saturday, April 2, 2011

let's talk about fashion


assalamualaikum..
kali ni entri pasal fashion sekarang..
ouch!!makin menjadi2..
mungkin semua dah sedia maklumkan..kalau dulu banyak fashion2 yg trend melibatkan org yang freehair..tapi sekarang dah lain..kuasa wanita bertudung plak semakin menjadi-jadi..kalau dulu fashion tudung biasa2 je jaranglah kot citer pasal trend tudung..adalah gak,,tapi s-e-d-i-k-i-t laa..tapi sekarang zaman dah berubah..mungkin disebabkan kemunculan artis ini..

yuna zarai

first time aku tengok dia masa uh kt muzik-muzik..Yuna bawa lagu Oh Bulan..mesti korang tau gak..dia kan suke pakai selendangkan..hah! sejak uhlaa era selendang yang berbagai2 jenis semakin popular sepopular lagu dia dulu..suara dia memang power kot..memang minat dia sangatlah..ok cuba korang pikir2 balik,kalau dia tak wujudlah kan..agak2 era selendang masa uh popular ke tak??mesti tak bape sangatlahkan..kan...

Hana Tajima

bitau aku sape tak kenal awek cun ni??meh aku memperkenalkan serba sedikit dia ni..setelah aku riki2 minah ni..nama penuh dia Hana Tajima Simpsons.Dia ni kacukan british-jepun..(padanlah lawo semacam kan)..Seorang designer..umur baru 23 tahun..dialah yang jadi pereka fashion si Yuna dari atas sampai bawah..2 yang Yuna cantik semacam je kan..kan..bila dah cantik,mestilah gaya2 mereka akan menjadi ikutan..macam aku..ngeee..ape!!??Normallah namapun perempuan..

so,hebat gak kan Hana tajima dan Yuna..sekarang trend dorang semakin menjadi ikutan orang ramai..baguslahkan..sampaikan yang dulu freehair,sekarang dah pakai hijab,,harap bukan sebab trendla kan..ops!!(sorry..)hehe..kalau tak silap aku trend ala2 vintage menjadi pujaan ramai..so,sesape yang ade simpan baju2 lame tuh jangan dibiarkan didalam plastik ataupun di dalam stor..sila bongkar semula, mungkin boleh digayakan semula..sekarang ni macam2 gaya aku tengok..cantik memanglah cantik..macam dorang2 ni..

kenal sape mereka2 semua ni..mereka ni kira penggaya trend sekaranglah yang menjadi ikutan ramai..tak kan x kenal kot??dorang ni kalau bab Fashion memang TIP TOP..xnak kalah..masing2 cantik dengan gaya tersendiri..cara pemakaian dorang kekadang tak terpikir dek akal lah kan..tapi cane pun menariklahkan..tengoklah sendiri..

inilah trend masa sekarang..
kekadang boleh diterima akal..kekadang tak leh masuk akal gak.terpulanglahkan!
tengoklah suar jeans lusuh pon leh jadi trend tau..kau hader!
ikut kesesuaian diri sendirilahkan..tengok orang pakai cantik..tapi bila sarung kat badan sendiri..hurmm..mcm haramm!!cuba gayakan cara lain plak..


tengok gaya hijab yang dorang gayakan.mcm-mcm gayakan.Memang tak terpikir dek akal kan dari dulu leh pakai shawl camni..kalau dulu belit sane belit sini,sampai nak terjerut leher pun de gak tak pun selempang kebelakang..tapi sekarang kasi lepas je semua then kasi beli sikit dah cantik.tak yah susah2 nak pakai brooch bagai..
yang tak cantik jadi cantik beb..bila tau nak gayakan shawl camne..tak yah nak rendah diri sangatlah..semua orang leh jadi cantik..okk!!

tapi nak diingatkan..kekadang kaum hawa ni suke membazir sikit,,ape bukan sikit??tapi banyak..ermm..kalau boleh elakkan membeli barang terlalu banyak sampai semua kaler nak beli..sebab fashion ni mengikut peredaran masa je..ingat tak dulu femes no selendang crumple(alaa yg de manik2 ujung selendang uh).tengok sekarang..dah berlalu era uh..seb bek mase uh aku beli 2 kaler jer...sekarang ni shawl dah nak yang ala2 kain satin uh kan..boleh beli tapi berpada2lahkan..

dan juga..memang tak salah nak ikut trend2 terkini..malah memang tak de sape pun nak diriY digelar ketinggalan zaman..tapi beragak2lah sikit..bukan bermaksud nak 'drop' sesaper pun..cume kekadang aku tengok cam OVER lah plak..kalau setakat tuk photoshoot leh terima lagi tak pun de event pape ker..aku still leh terima lagilah kan..

tapi dari segi pandangan akulah kan..mcmne hebat pun trend2 sekarang ni..orang tetap akan pilih yang simple2 gak..mcm pakai jeans,tshirt dan dLL lah.dan juga,even de kasut berbagai2 patern tetap nak gak pakai selipar jepun..nape ek??
2lah namaY trend tak lapuk dek usia...ceewah..memandai jer aku..hehe



Tuesday, March 29, 2011

sape disisi aku selama 3 tahun..

assalamualaikum...
pepagi ni idea muncurah2 bagai air terjun..
tinggal nk luahkan je..
entri kali pasal sahabat sejati aku..ZURAINAH ABDULLAH
aku kenal die mase mule2 aku jejak kaki kat poli mase 2..
mase uh aku memg xde sorang member pun yang aku kenali..
time 2 lah sifat berdikari kene wujud dalam diri ni..
mule2 masuk hanya tuhan je tahu..macm2 perasaan mase uh..
mulelah berdetik kt hati nak pergi ke x nak poli ni..mane de kawan kat sane..seganlah nk cari kawan..tapi hati berdetik."kalau x pergi x de cabaran baru,apelah ko kan dah besar..kene;ah berdikari sedikit" lantas capai beg..zupp sampai gak poli ni hah..(mengeluh jap)

short story...

mule2 dapat asrama aku ngn member aku..fara name dia..memg dialah kawan pertama sekali aku dapat..so,ke mane je aku ngan die akan bersama je lah..janji dapat kawan..hehe..
nak jadikan citer..mase uh ngah berbaris nk p daftar PTPTN kot..aku ngan dak fara ni ngah syok2 bebual tetibe lah de satu minah OVER datang..bajet nak peramahlaa..mase uh aku tengok muke dia memang menyampah abis..berbulu je tgok siap nk kacau member aku..bukan jeles..giler hape..tapi perangai OVER dia 2 wat aku meluat plak..rase nak ***** pun de..
memang kemane je die hado..pehal lak minah ni kan..

pas uh..mase pemilihan kelas aku x kene plak ngan dak fara ni..tapi terkene plak ngan dak OVER ni..lahaii..mase uh menyampah tahap gabanlah..mase uh dahlaa x de member lain kan,terpaksalah relakan hati ni berkawan ngan minah OVER ni..dah die je yang aku kenal..
tapi betullahkan org kate..jangan benci seseorang nanti kite sayang kt die..
lama kelamaan aku berkawan ngan die..dia sebenarnya budak baik k..caring pun yer gak...peramah lagi satu...kelakar tahap gaban..lawak die boleh pecah perut..semua orang yang kenal dia cane perangai die..x penah kering gusi bile ade die..

hah..lagi satu kenape aku panggil name dia DORN..
sebab dulu dia pernah cakap ngan aku dia suka makan donat.
then,aku pun terus cakap "aku panggil ko dornlah eh..baru sedap"
dulu dia x bape suke kot..tapi aku dulik hape..aku tetap panggil gak..
sampai sekarang kot name DORN dah terpahat kt dia..
lastly,ekau pun suko namo 2 kannn...
(senyum kambing)mbekk!

endingnyerr..
sampai sekarang dielah jadi member terbaek sekali aku kenal..
kemane je kitorang pasti berdua..bukan bermaksud LESBIAN..no!!!
tapi kesepadanan @ ke ngam man @ keserasian tiada tolok bandingY..
cewahhh!!!
kitorang selesa bersama..cmne pun tetap bersama..dari roomate sampai housemate..
memang nak bersame jer..
bak kate dia dalam entri..asal salah sorang antara kami x de..pasti akan ditanY mana member ko..dorang pun memang dah tau sangat.
tapi nak dijelaskan kami bukan LESBIAN ok!!
simpang 44..

nak lagi jelaskannnnn....



(sila klik)
inilah minah OVER yang dulu aku paling menyampah nk layan..


tapi sekarang tak lagi..
kami kawan baek..!!
terbaek wok!

kami memang x leh dipisahkan..
even nak beli pisang..
kene minta pendapat dulu..pas uh gado!
hehehe..

camnilah selalu kami gaduh..
x men tarik2 rambut beb..
pakai paranglaa baru hebakk!!


kami suke shopping same2..
tapi kekadang pendapat dia x leh diterima pakai..
agagagaga!!


kami makan bersama.......
tapi favourite kami berbeza sama sekali...

dalam group pun nak gak bersame..
hadoii..!!

mestilah dalam kelas duk sebelah bersame2..

bersame2 lagi..

ngee..
pergi toilet pun bersame gak..

nak wat camne..memang kami suke bersame2..
terimalah hakikat..

tapi paling bangga sekali..
dapat konvokesyen same2 lagi..
tetap nk duk sebelah gak..!

kepada kengkawan yang lain..
janganlah berkecil hati kalau tak cerita pasal korang..
tapi entri ni khas wat member baik aku..
harap korang faham..
thanks gak jadi teman aku selama ini..
memang sayang korang...

(tom,ecah,amy,anis,nad,naz,pija, dan banyak lagi..)



Sunday, March 27, 2011

xtvt di hari minggu saya


assalammualaikumm.....
di malam hari yang ade mood tersangat ni..
aku tersangatlah nk citer pasal weekend lepas..
ritu aku saje2 je jenjalan ngn sedara mara berjalan merata tempat..
saje2 nak riangkan hati..


mestilah snap diri sendiri gamaknyer..
lalala...

bersama sedara mara yang giler bergambar..


kelihatan bukan aku je yang suke lepak..
x nampk berderet belakang aku suke melepak..
budaya apakah ini??

tadi pemandangan belakang aku..
depan aku pun berderet2 gak..
biasalahkan hujung minggu..ape nak wat lagi..
cuci matalaaa...


senyumm..
x perlu kate ape2..

aritu gak..sempat berjalan ke IKEA..
mase uh ngah sale..sajelah nk menyibukkan diri
ape SALE yang di uar2kan oleh IKEA..
macam2 ada......

pemilihan almari dilakukan dengan pemerhatian yang teliti..
pilih yang berkualiti ya..

dorang memang suke snap kt mane2 jer..


last sekali jenjalan ngn member aku..

snap dimerata2 tempat..hahaha

macam kt Hong Kong daa..

seharian berjalan memang x terasa penatY..
tapi bile dah sampai rumah..
hanY tuhan je lah tau..
sakit seluruh badan..
dari hujung rambut sampai hujung kaki..
agaggagaga...


march dalam kenangan!!


yaaa!!
mungkin citer aku nk dah agak hampir nak basi..
tapi apekan daya mood nak berciter pasal ni membuak2 di hati..so,dengan hati yg ikhlas aku wat je lah entri pasal ni..wat kenangan...ngan..ngan...
pada tarikh 9/3/11' (ari tu..)..aku ngan rakan2 taulan aku akan mendapat 'barang baek punyer'
setelah 3 tahun berhempas pulas bagai hali lintar,banjir kilat dan sealiranY..
huih..kalau nak di citer sepanjang aku belajar..macam2 perasa beb..semua cukup..
jatuh naik tersungkur..sume 2 aku dah rase..
time 2 hanya tuhan je lah aku bermohon tabahkanlan hati Hambamu ini dalam memperolehi ilmu..kalau x de usaha lebih mmg aku pun x taulah ape nak jadi..
thanks 2 kengkawan2 dan lecturer2 aku yg x jemu2 beri sokongan dan tunjuk ajar kat aku..
TQSM..10000x!!

terimalah....



NURUL AIN BTE ANUAR
DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
POLITEKNIK PORT DICKSON

bersaksikan matahari terik ini lah aku menerima sijil aku kt dalam dewan nun belakang aku tuh..


paling dihargai dan disanjungi mestilah ayah mak aku..
harap dorang bangga dengan kejayaan aku ni lah kan..
sayanggg dorang..


keluarga yang banyak memberi sokongan besar..
(inilah keluarga besar aku..)
kalau nak taulaaa


org ke 2 memberi support adalah dia..
member dari awal sem sampai last sem..
huih..dialah kawan sejati aku..
ZURAINAH ABDULLAH


tayangan perdana..
bangga dengan pencapaian anda??


mestilah kami bangga..!!!
peace..!

sekilas wajah2 kawan-kawan2ku di majlis konvokosyen hari itu..
tahniah kengkawan semua...!!!